Thursday, April 28, 2011

Persian (Parsi) or Siamese (Siam) ?

assalam & salam sejahtera,


pagi ni saya nak share tentang perbezaan dua nama ni yang kadang2 kebanyakan owner (bukan semua) confuse ya..

ini adalah contoh pengalaman saya semasa bekerja di klinik dulu, ada antara tuan punya kucing (yang datang untuk consultation tanpa membawa cat nya) dan bertanya soalan begini;

doc, sini kalau nak buat grooming berapa chargenya ye?

kucing akak baka apa?

kucing akak kucing siam..

o, kalau kucing siam murah sikit, sebab bulu dia pendek... kita cuma mandikan, then keringkan bulu semula tak sampai 1 jam...

eh, tapi kucing akak bulunya panjang tau...

(dalam hati) aik, takkan kucing "siam" bulunya panjang? ni mesti Persian ni... sah!

jadi, begitulah situasinya ye. memang ada owner yang kadang2 confuse untuk membezakan dua jenis nama baka kucing ni...

biar saya describe sedikit tentang perbezaan dua nama baka kucing ini ya...



ini adalah baka Siamese or Siam. baka ini biasanya berbadan slender (panjang), muka berbentuk segitiga, dan bermata biru. bulu pada kawasan hujung (pointed pattern) berwarna lebih gelap (area kaki, tangan, dan ekor). antara sifat kucing ini adalah; aktif dan suka bermain, agak lambat menyesuaikan diri jika di bawa masuk ke persekitaran yang baru.

perbezaan warna pada bahagian extremities ini disebabkan oleh 'heat-sensitive' enzyme yang terdapat pada baka kucing siam . kucing siam yang tinggal di kawasan sejuk, warna pada kawasan extremitiesnya adalah lebih coklat kehitaman berbanding kucing siam yang tinggal di kawasan panas. bulu mereka berwarna lebih cerah atau kekuningan seperti gambar di bawah.

Siamese Cat yang berwarna kekuningan (lilac-point)


seterusnya, gambar berikut menunjukkan baka kucing Parsi (Persian)

nama Persian diambil sempena nama dipercayai berasalnya kucing ini iaitu Persia (sekarang dikenali sebagai Iran).

baka ini berbulu panjang, fluffy, berbadan pendek, mata besar and tang hidung tu paling critical.. idungnye penyek... hehe (flat nose). one thing is,mereka ni sangat2 manja tau...


actually, baka Persian ni dah banyak dicross dengan baka2 kucing lain. jadi, kalau kita nak truly distinguish yang mana pure line Persian is difficult juga sebenarnya. kalau ikut apa yang saya faham, mana2 persian yang tiada pedigree certification, mereka ni biasanya dikenali sebagai Domestic LongHair..


comel kan? gerrrrammmmm!


okay, itu saja saya nak kongsikan pagi ini..

harap entry ini dapat memberikan serba sedikit maklumat tentang dua jenis baka yang kadangkala orang tersilap menamakan mereka... ;)

jika ada pertanyaan mengenai penyakit atau cara penjagaan, jangan malu segan untuk bertanya saya okay.. ;)



2 comments:

  1. yeker comel? muka kucing persian ni muka dia macam marah jer..garang giler muka dia....hehe

    ReplyDelete
  2. cik muda nurul;

    hehehe... persian ni gebu... montok... comel tapi garang ;)

    ReplyDelete