Tuesday, April 26, 2011

salam perkenalan

assalam & salam sejahtera ,


alhamdulillah, setelah sekian lama menyimpan niat untuk menyediakan servis kepada pencinta kucing, akhirnya hajat saya tercapai jua.

buat pengetahuan semua, saya adalah seorang Veterinary Doctor (DVM,UPM) yang bergraduat pada tahun 2006.

saya sangat2 mencintai haiwan terutama sekali kucing. oleh kerana minat yang sangat mendalam terhadap bidang rawatan haiwan kecil (small animal), maka saya tubuhkan sebuah pusat servis khas untuk si comel kesayangan anda..

buat masa ini, servis saya tertumpu di Melaka sahaja. walaubagaimanapun, kepada mereka yang berada di luar Melaka, anda masih boleh bertanya tentang apa jua soalan mengenai si comel anda kerana khidmat nasihat (consultation) yang saya berikan adalah percuma! ;)

saya harap anda semua dapat memberi sokongan dan sebarang pertanyaan amatlah dialu-alukan..

salam perkenalan buat semua pencinta haiwan di luar sana.. ;)



2 comments: