Tuesday, June 28, 2011

pregnancy and delivery

assalam & selamat sejahtera,


korang penah ada experience tak tengok kucing bersalin (beranak)?

sejak kecil rasanya dah berpuluh kali saya tengok kucing kat umah mak tu beranak... excited betul bila tengok anak2 kucing yang kiut2 baru lahir tu... gerammmmm! rasa nak picit2...hehehe

arini saya nak cite siket tentang kucing pregnant and delivery process mereka.

Pregnancy Time ;)

Kucing betina biasanya preggy time (gestation period) adalah antara 63-69 hari... lebih kurang 2 bulan macam tu...

biasanya kucing yang pregnant ni akan makan lebih banyak dari biasa. sama macam kita manusia gak kan, makan lebih tuk the babies inside ;) tapi uols kena bare in mind, takpayah nak bagi any supplements or vitamins pada pregnant queen ni ye... they don't need it.. in fact, kadang2 vitamins yang diberi boley contribute pada defect (kecacatan) kepada kitties yang bakal dilahirkan nanti.. no no no ok frens ;)

selain dari itu, kalau uols dah plan nak bagi ur cats tuk pregnant, make sure uols dah bagi vaccination siap2 sume ok ...prepare immune system her well first before u breed them.. tidak digalakkan untuk vaksin pregnant queen ok... tak elok tuk kesihatan ibu dan anak...

and kalau boleh, kita prepare kan tempat nak bersalin nanti.. sediakan box besar, lapik ngan kain. train cats kita tuk duduk dalam tu so that nanti masa dia nak bersalin, dia akan tau yang box itu adalah "katil bersalin" dia..

Onset of Delivery

ada banyak tanda yang kita boleh perhatikan kalau nak tau kucing kita dah nak bersalin... antaranya adalah;

i) kucing kita kelihatan restless and buat bunyi bising.. asik ke hulu ke hilir, and meooow2 tak berhenti... sama macam kes our cat, Sissy masa nak bersalin Ahad lepas... nanti saya share pic Sissy dan anak2 dia ye ;)

ii) sentiasa lick vaginal area. if you're lucky, u can see a mucus coming out from the vagina..

iii) ada juga pregnant queen yang akan start panting (mencungap).. dan kelihatan sangat nervous

iv) hilang selera makan... yelah, nak beranakkan mana ada selera nak makan dah ;)

v) suhu badan menurun... dalam 37.8 degree camtu.. or below..

vi) kalau picit nipple dia, susu akan memancut keluar...

but all of those signs stated above tu adalah depends pada cats itself..kadang2 ada satu je tanda yang keluar... tau2 dah beranak... hehe

Delivery Process

masa yang ditunggu2 telah tiba... jeng jeng jeng

kucing kita akan beranak dengan jayanya secara normal tanpa perlukan bantuan. tapi ada orang cakap, kucing ni ada "bidan" yang temankan dia masa bersalin..huhu wallahualam... tu tak berani nak cakap. but masa diorang nak beranak tu, kalau boleh korang intai2 la sikit... tengok kalau2 ada problem ke apa kan...like anak dia tersangkut tak keluar2 ke...

kittens ni usually delivered selepas a few contaction oleh si ibu yang mana contraction tu kelihatan seperti satu "ombak besar" pada bahagian abdomennya...kira nampak macam beralun perutnya...gituuuuu

ada juga ibu kucing yang keluarkan 1 ekor kitten sahaja, then boley lepak2 kat luar, then lepas tu dalam tempoh 24 jam keluar pulak lagi the rest of the kittens... ha, korang jangan risau ye... kes ni memang terjadi. ia berlaku disebabkan oleh lack of privacy during delivery (maybe dia tak suka owner duk perati masa dia meneran nak bersalin, or ada tomcat ke around her... dia malu la kan ^_^ ) .. or boleh jadi disebabkan the queen tu conceive pada waktu mating yang berlainan dalam tempoh yang terdekat... jadi tempoh matang setiap kittens dalam womb dia adalah berbeza sikit by hours...

yang korang perlu amik kisah is bila the queen tu duk push push tapi langsung tak keluar kittens lebih dari 45-60minutes... jam tu jangan tunggu2 lagi, terus hantar ke klinik veterinar yang berdekatan ye... selamatkan ibunya dulu...

seterusnya, selepas sahaja kittens tu keluar, ibu kucing perlu jilat muka anak2 dia untuk pecahkan protective sac yang menyelaputi muka anaknya...dengan kelebihan lidah yang kasar kurniaan Allah S.W.T kepada ibu kucing, maka dengan mudahnya ibu itu akan dapat mengoyakkan selaput yang menyelaputi muka anaknye... SubhanAllah...

walaubagaimanapun, ada juga berlaku kepada ibu2 kucing yang baru first time bersalin, dia tak reti nak jilat muka anak dia..jadi bantuan dari kita sebagai owner amat diperlukan...bantu buang selaput pada muka anak untuk membolehkan anak kucing tu bernafas. biasanya selepas dibuang selaputnya, anak kucing akan start mengiau... meooww! meooow!!! comelnya bunyi tu... ;)

next, ibu kucing akan memakan sendiri umbilical cord (tali pusat) anak2 dia... juga placenta (uri) yang keluar akhir sekali semasa proses kelahiran.. kenapa mereka makan placenta ni? mengikut kajian, dikatakan bahawa placenta ni mengandungi nutrient yang sangat penting; antaranya bahan laxatives (pelawas) dan juga hormone yang membantu proses pengaliran susu badan...susu badan yang pertama (colustrum) amat penting untuk anak2 kucing yang dilahirkan untuk meningkatkan sistem imun/pertahanan badan anak2 kucing itu tadi...

ibu kucing juga pada awal kelahiran akan menjilat badan anak2 nya secara kerap untuk stimulates circulation anaknya termasuklah secara tidak langsung stimulates sistem urinari mereka untuk pee pee dan poo poo...dan seterusnya ibu kucing itu sendiri yang akan "hasil buangan" anak2 dia.. hebat kan mereka ni?

yang paling best, kucing ni tak payah melalui proses pantang pun macam manusia... hehehe. soon after dia bersalin, dia dah ley makan and minum cam biasa...and siap ley keluar rumah jalan2 macam biasa lagik..

Neonatal care

secara semulajadi, ibu kucing mampu menjaga dan membesarkan anak2 mereka tanpa sebarang masalah. tetapi jika berlaku kes di mana anak2 kucing dibiarkan oleh ibu mereka, bantuan dari owner amat2lah diperlukan. terutama sekali dari segi penyusuan dan juga memastikan badan anak kucing itu sentiasa warm.

bab yang ni saya akan sentuh secara panjang lebar dalam entri yang lain. however, kalau uols ada nak tanya, dipersilakan...soalan uols sangat2 dialu2kan...

secara amnya, telinga dan mata kittens akan terbuka pada umur 17hari, dan masa ni diorang dah start nak explore kawasan tempat tinggal mereka.. umur 3 minggu diorang dah pandai nak main2 ngan adik beradik or toys, dah start belajar hunting skill from their mother..kiutnye!

pada umur 5 minggu,mereka akan mula bermain dengan manusia, dah pandai nak berjinak2 dengan kita.. pada umur ini juga si ibu akan wean (cerai susu) dengan anak2 mereka... tapi saya ada experience, di mana anak kucing tu masih nak menyusu dengan maknya sampai umur 5 bulan! manja sangat tu.... ;)

pada umur 5 minggu juga kita dah boleh start introduce mereka dengan kittens food...

ok, sampai sini saja entri saya kali ni... harap entri tentang proses preganant and delivery ini sedikit sebanyak dapat membantu uols semua ya!




11 comments:

  1. 1st time i msk ur blog & i get more info about cats..thanx zue..

    InsyaAllah, i will do ur blog as a guide to me.

    Actually, i baru je pelihara kucing about few month. 2thn sblm nie adela jgk i pelihara tp xsmpt beranak pinakla sbb my cat dead and after that i dah xpelihara kucing dh..

    But, 3bln sblm nie ade kucing dtg umh mtk makanan..So, my fmly bagi dia mkn tp bkn kt dlm umhla..kat luar umh jer sbb my fmly tak suka kucing msk dlm umh kecuali kucing tu dah dimandikan & stay fully dlm umh. Biasala, dorang tkt bulu gugur..

    Dan pd satu masa tu, kitorang bkak pintu umh & terus dia berlari msk ke dlm umh & stay bwh meja kt dapur sbgi tanda she want food & the good attitude that cause i take she as my pets is she does not take the fish except my permission.

    After that, i shower her & preserve in my home dan 3mgu lps, dia baru je melahirkan 4 ekor anak... ;)

    ReplyDelete
  2. ok, no prob... insyaAllah saya akan update selalu perkara2 yang berkaitan dengan cats health...

    if ada any question, boleh refer pada saya, insyaAllah saya bantu...

    nanti bila anak2 dia dah reach 2 mnths old, jgn lupa untuk vaccinate mereka ok :)

    ReplyDelete
  3. hai..doc ckp kucing sy nak.branak.dlm.mse trdekat..tp sy risau lately dye xad slere mkn n minum..1 thing doc kte tkot dye pas branak xckup drah sbb mslh kutu...

    ReplyDelete
  4. Doc, kucing sy da start meneran2 since awal pg td.. Tp dia meneran smbl baring.. After 2 hrs cm tu, nmpk kt vagina dia mcm da tbuka sikit n mcm ada benda kaler kelabu.. But baby dia x keluar2 jugak lg.. N now dia tgh tidur.. Nk bwk g vet, klinik tutup lak hri ni.. Any suggestion..? Tq!

    ReplyDelete
  5. Doc kucing sy 1St time nk berank..die mcm tahan skit je..tdo je..mkn pon xmo cmne ehhh

    ReplyDelete
  6. Hi..kucing sy dah branak 25/12 aritu..tp mcm ada lagi anak dlm perut dia..mcm mn tu sis? Boleh jd tK ibu kucing akan branak lagi berapa hari kemudian?

    ReplyDelete
  7. Hai doc.. My cat yesterday dah delivered 2 kittens.. But td refer vet dia kata dlm perut still ada 1.then they induced her. But till now x klua2 and since td darah je dkt vagina dia. Is that ok? I tkot nk pergi vet tu balik sbb they said if 1 hoir x klia jgk baby dorg nk operate. I xnk operate and neuter kan my cat yet.. Mcm ne ye doc?

    ReplyDelete