Saturday, November 5, 2011

Cats Spaying & Castration in Malacca

assalamualaikum dan salam sejahtera,


untuk tahun ini, GCS menawarkan promosi pemandulan pada harga yang amat berpatutan;

Mandul Betina (spaying) ==> RM80 + boarding 1 malam FOC + ubat
Mandul Jantan (castration) ==> RM60 + boarding 1 malam FOC + ubat 

boleh call saya untuk appointment di 017-255 4828

Saya tau, ramai pemilik kucing kat luar sana dah tahu kepentingan pemandulan kucing ni kan? tapi ada juga yang masih ragu2 tentang keperluan memandulkan kucing ni... meh saya share kan  kat sini beberapa kebaikan kalau korang mandulkan kucing2 kesayangan korang tu... 

Antara kebaikan memandulkan kucing jantan adalah:

i) kucing anda akan menjadi kurang agresif, lebih manja gituuuu
ii) menghindarkan risiko untuk menghidapi kanser testikel
iii) bau busuk (sengit) air kencing kucing jantan berkurang
iv) terhindar dari risiko STD (sexually transmitted disease)
v) kurang keinginan untuk berjalan2 di luar rumah... sekaligus mengurangkan risiko dilanggar kenderaan, tiada pergaduhan dengan kucing luar, dan kurang risiko dijangkiti parasit seperti kutu dan hama.
vi) last sekali, insyaAllah kemungkinan kucing jantan anda akan hidup lama dan hidup sihat juga meningkat.. suka tak?

ok, tu part jantan je.. meh masuk kepada kebaikan mandul kucing betina pulak ok..

Antara kebaikan memandulkan kucing betina adalah :

i) menjadi lebih manja... 
ii) meghindarkan risiko dijangkiti kanser ovari/uterus
iii) tiada lagi "biang"
iv) kurang keinginan untuk keluar dari rumah mencari kucing jantan 
v) yang paling penting sekali, mampu mengawal masalah OVERPOPULATION of unwanted cats... kesian tau tengok banyak kucing terbiar di tepi jalan, di kedai makan, di pasar... and sometimes nampak kucing2 kena lenyek kat tengah jalan... aduhhhh sedihnya... :(

Bila masa yang sesuai untuk mandulkan anak2 bulus ni?

Kalau kucing jantan, saya biasa buat umur 4 bulan dah kira cun sangat dah... luka pun cepat sembuh... and diorang belum nakal lagi time ni ;)

Kalau kucing betina, umur 6 bulan ke atas dah boleh buat... ovari masih kecil, senang nak buang, luka dalam cepat sembuh...

Common procedure yang perlu dilakukan oleh owner sebelum dan selepas operation adalah;

i) puasakan kucing anda sekurang2 nya 12 jam sebelum operation
ii)kurung kucing anda yang telah dimandulkan sekurang2 nya 5 hari untuk memastikan luka operation telah sembuh sepenuhnya

Mudah kan?

Adakah kucing saya akan gemuk selepas dimandulkan?

Tidak juga sebenarnya... owner perlu beri makanan yang seimbang pada kucing yang telah mandul dan pastikan mereka diberikan exercise yang sewajarnya untuk mengelakkan mereka dari menjadi obese... korang taknak kan kucing korang obese... nanti ada pulak penyakit lain datang menjengah... haaa bahaya tu!

Ramai gak yang tanya, apa hukum mandulkan kucing ni?

kalau ikut fatwa yang dikeluarkan oleh JAKIM pada tahun 2002, hukum memandulkan haiwan kesayangan adalah HARUS bagi menjaga muslahat ummah. Maslahat ummah di sini bermaksud jika binatang itu membawa penyakit atau menjaga keselamatan manusia serta kesejahteraan persekitaran dan sebagainya..

jadi begitulah, biasanya saya akan terangkan hukum mandul tu pada owner yang ragu2 tentang hukum memandulkan kucing ni... tapi, kalau kita betul2 mampu untuk menjaga kesemua kucing tanpa perlu memandulkan mereka, korang boleh teruskan tanpa masalah.. insyaAllah, murah rezeki kalian semua :)

ok, tu saja yang dapat saya kongsikan bersama buat masa ni...

saya bercadang untuk upload gambar ketika saya melakukan proses pemandulan, tapi photographer takde pulak ni.. hehe...

ok kawan2 semua, tunggu apa lagi... jom mandulkan kucing korang sebelum mereka berkembang biak dan lagi...dan lagi... dan lagi... dan lagi... berjuta2 lemon nanti unwanted cats kat luar sana... huuu tak mau la camtu ek!


5 comments:

  1. salam Dr.

    nk tya, perlu ke vaksin dlu sblm bw kcg g spay/neuter??

    TQ :)

    ReplyDelete
  2. salam Dr.

    nk tya, perlu ke vaksin dlu sblm bw kcg g spay/neuter??

    TQ :)

    ReplyDelete
  3. salam Dr.

    nk tya, perlu ke vaksin dlu sblm bw kcg g spay/neuter??

    TQ :)

    ReplyDelete
  4. salam Dr.

    nk tya, perlu ke vaksin dlu sblm bw kcg g spay/neuter??

    TQ :)

    ReplyDelete
  5. Haha.. doktor tak reply.. kesian..

    ReplyDelete