Wednesday, November 7, 2012

Sporotrichosis in cats






Assalamualaikum dan salam sejahtera,


arini I nak cite pasal sakit kulit yang dikenali sebagai "sporotrichosis"... haaa sedap kan nama sakit kulit ni? cam nama orang.. hehehe

Apa itu sporotrichosis?

ok, saya bagi mudah je explain kat sini ek.. kasi senang uols paham..gituuu....

Sporotrichosis ni sebenarnye adalah sejenis penyakit kulit yang disebabkan oleh jangkitan fungus (kulat) yang dikenali sebagai Sporothrix schenckii... haaaa kelassss nama ko kan... hehe

fungus ni dijumpai di dalam tanah ye uols. biasanya kucing2 akan dapat jangkitan ni melalui pergaduhan... time diorang gaduh, then bercakar2an tu kan, lokasi bergaduh pulak tu kat tanah, nak2 pulak time hujan (fungus tu akan naik ke permukaan tanah) makanya, bila diorang tu luka, maka mudahla fungus tu menjangkiti mereka... dan seterusnya, bila seekor telah dijangkiti, if dia pergi gaduh ngan kucing lain pulak, so tendency untuk kucing lain mendapat jangkitan sporo ini juga adalah tinggi ye uols...

dan yang paling scary, penyakit kulit ini juga boleh menjangkiti manusia... means, katalah masa kita handle kucing yang dijangkiti ni, dia cakar kita, or kita memang sedia ada luka pada tangan contohnya, (open wound), possibilities untuk fungus berpindah kepada tubuh kita juga adalah tinggi. nanti saya akan explain cara2 nak handle kucing yang dijangkiti Sporotrichosis ni ye.. :)

Tanda - tanda kucing yang dijangkiti Sporotrichosis

simptom yang biasa boleh dilihat pada kucing yang dijangkitan adalah kehadiran luka seperti nanah yang agak lembap (moist) di bahagian kepala, kaki dan tangan kucing. sesetengah kucing yang dijangkiti akan menunjukkan tanda2 lain seperti lemah, demam dan kehilangan selera makan.

jangkitan fungus pada kulit juga boleh merebak ke sistem nodus limfa kucing, di mana kehadiran nodus2 (ketulan) pada kulit akan kelihatan dan pecah seperti nanah.





contoh2 luka pada kucing yang dijangkiti Sporotrichosis (pic credits to Incik Google)


dalam keadaan yang serius, penyakit Sporotrichosis juga boleh merebak ke bahagian organ dalaman kucing seperti tulang, sendi, otak, sistem saraf dan juga sistem pernafasan...

oleh yang demikian, untuk mengelakkan jangkitan ini daripada menyerang lebih jauh lagi ke dalam tubuh badan kucing, maka rawatan pencegahan perlu dilakukan dengan SEGERA ye uols.........

Macam mana nak confirm jangkitan sporotrichosis?

okay, kalau ikutkan prosedur, sampel luka daripada kulit kucing yang dijangkiti itu akan diambil sedikit dan dilihat di bawah mikroskop. kehadiran organisma Sporothrix schenckii dengan banyaknya mengesahkan bahawa memang kucing itu dijangkiti sporo... gituuuu....

walaubagaimanapun, since kes sporo ini taklah selalu berlaku/terjadi pada kucing, maka agak mudah juga nak cam penyakit kulit ni.. since luka dia adalah "sepesen" je.. itu pada pandangan mata saya lah.. hehehe

Bolehkan Sporotrichosis dirawat? berapa kos?

haaaa bab ni memang femes sangat. selalu customer tanya bolehkah kucing yang dijangkiti ini dirawat?? boleh selamat ke kucing saya doc? mahal tak kosnya?

saya sedia maklum, memang ada segelintir klinik yang mencadangkan supaya kucing yang terkena jangkitan Sporotrichosis ni di PTS (put to sleep).. alahaiii kesiannye kan? mesti sedih bila kucing kesayangan kita di advise untuk PTS... itu semua sebenarnya bergantung pada keadaan kucing, dan komitmen dari owner untuk merawat mereka.

saya ada jumpa beberapa kes sporotrichosis, alhamdulillah, mereka semua telah sembuh sedia kala. tapi ada SYARAT uols! haaaa.... syaratnye uols sebagai owner mesti ada komitmen. mesti! sebab apa saya tekankan perkara ni, kerana hanya dengan komitmen dan sokongan kewangan dari owner insyaAllah kita boleh selamatkan mereka.. lagi2 kalau baru sikit je lukanya, memang boleh baik...

rawatan untuk kucing yang dijangkiti Sporotrichosis ini adalah sejenis ubat khas untuk mematikan fungus.. ada dua jenis ubat, iaitu yang berbentuk liquid atau bentuk pil. itu sahaja! PENTING : Sporotrichosis tidak boleh diberi antibiotik mahupun antiinflammatory ye! kedua2 ubat ini akan memburukkan lagi keadaan kucing uolsss...jangkamasa rawatan bergantung kepada severity jangkitan tu.. biasanya dalam 4-8 minggu.. ada juga yang makan masa berbulan2 untuk baik.. al-makanya, kesabaran dari owner amatlah dituntut...wajibul ghannah ye! hehehe

perlu diingat, kucing yang dijangkiti perlu diasingkan di dalam satu sangkar khas, jauh dari kucing2 lain (jika ada lebih dari seekor kucing di rumah), dan semasa memberi mereka ubat, owner perlu memakai glove dan pastikan tangan dicuci bersih2 selepas handle kucing tersebut untuk mengelakkan infection pada owner...

tentang kos rawatan, itu bergantung kepada klinik yang anda bawa untuk dapatkan rawatan. lain klinik, berbeza charge mereka ye. =^.^=

Bolehkah penyakit ini dicegah?

langkah kawalan atau langkah berjaga2 yang disyorkan ialah dengan cuba meminimumkan kucing2 uols daripada bergaduh... so nak elakkan bergaduh ni, selalunya langkah terbaek adalah dengan memandulkan mereka.. kennn

uols kena selalu peratikan luka - luka pada kucing uols (jika ada). kalau luka tu jenis tak baik2, berbiji2 or basah je... haaa, cepat2 bawa gi klinik tuk dapatkan diagnosis dan rawatan segera ye.

mencegah kan lebih baik daripada merawat... tak gitu?

ok, sampai sini je dulu saya nak membebel. esok lusa saya share topik lain pulak k.. =)




6 comments:

  1. Kucing saya mengidap sporo tapi dah berjaya baik..saya guna rawatan alternatif tanpa ubat vet..boleh whatsapp saya 0182227022 kalau nak cuba...saya dh berjaya merawat 2 ekor kucing saya dgn cara tak sengaja selepas dh buntu bagi makan ubat 4 bulan tkde perubahan...alhamdulillah skrg dah baik selepas 20 hari

    ReplyDelete
  2. Kucing saya mengidap sporo tapi dah berjaya baik..saya guna rawatan alternatif tanpa ubat vet..boleh whatsapp saya 0182227022 kalau nak cuba...saya dh berjaya merawat 2 ekor kucing saya dgn cara tak sengaja selepas dh buntu bagi makan ubat 4 bulan tkde perubahan...alhamdulillah skrg dah baik selepas 20 hari

    ReplyDelete
  3. Buy Metal Online - TIPS - Online games | TITaniumArts
    Play iron titanium token metal online for real money at TITaniumArt today and win 2020 edge titanium real money playing today with is titanium expensive free ion chrome vs titanium games at TITaniumArt. implant grade titanium earrings

    ReplyDelete