Tuesday, June 7, 2011

kenapa bulu kucing gugur?

assalam & selamat sejahtera;


chak!! GingerCatServices menaip kembali... ;)

arini saya nak share sama uols pemilik si manja yang kiut miut belaka tu tentang punca bulu mereka gugur...sure korang penah berhadapan dengan situasi yang macam ni kan?

ekceli kalau yang gugur sikit2 tu considered as normal.. itu macam kita manusia gak, ada rambut gugur everyday kan...

tapi kalau dah excessive sangat gugurnya, tu petanda ada something wrong okeh. for cats, ada banyak sangat causes of hair loss ni. jadi sebagai seorang owner yang bertanggungjawab, kita perlu amik tau and cuba beri rawatan terbaik untuk beri keselesaan pada our beloved cats..tak giteww.. ;)

antara punca bulu kucing gugur adalah seperti berikut ;

i) hyperthyroidism

- penyakit hormon. paling common symptom adalah bulu gugur heavily. simptom lain lak macam kerap kencing, cepat haus, and asik nak makan like tak penah kenyang langsung. but don't worry, ada ubat untuk merawat penyakit ini...

ii) fleas

- lebih dikenali dengan pijat. kalau nak tau senang je, cer selak bulu kucing kita..pastu kalau nampak macam ada benda warna hitam lari laju2, haa konfem itu adalah fleas (pijat). fleas ni isap darah tau, then gigitan fleas ni menyebabkan kucing kita kegatalan. asik tergaru2... kesian si comel kan? ada juga fleas yang boley transfer penyakit selain dari bulu gugur tau! so better rawat dengan segera... Frontline rawatan terbaik untuk bunuh fleas yang "tinggal" bersama2 kucing kita ni..


ni rupa seekor fleas yang dah dileperkan dan dilihat dibawah miksroskop ;)

iii) allergies

- alergik ni boleh jadi disebabkan oleh makanan (diet) yang diberi atau something daripersekitaran macam debu, habuk dsb. biasanya kaedah nak mengesan alergi ni makan masa sebab kena try n error untuk mengetahui root cause nya. dah tau root cause baru boleh bagi rawatan...

iv) mange

- bahasa melayunya; kurap. punca adalah disebabkan oleh parasit (Sarcoptic mange mites) yang macam kutu. kutu ni akan korek kulit kucing kita. hasil "korekan" macam cecair dari kulit tu tadi dijadikan makanan mereka..lemak berkrim la kot cecair tu eyh? huhu. gatal yang dialami oleh kucing kita adalah sangat2 extreme... mereka akan tergaru2 sakan sampai tercabut kulit tu digarunya.. kesian betul..and kulit tu akan jadi crusty..keras2.. rawatan yang biasa diberi adalah Ivermectin.

olololo cian dia kena kurap eyh... ;(

v) pyoderma

- ini pulak contoh jangkitan bakteria pada kulit yang menyebabkan bulu gugur. bakteria ni menyebabkan kegatandan setrusnya menyebabkan kucing kita tergaru2 sampai gugur bulu2nya. kalau kes yang teruk, kita boleh nampak cecair (nanah) meleleh keluar. kemacam ni biasanya dirawat dengan antibiotik dan dressing.


vi)ringworm

dulu kan, masa zaman naive saya mati2 ingat ringworm ni disebabkan oleh worm. oh, tidak ye kawan2 semua. ringworm ni puncanya adalah fungus (kulat/mikrospora). nak cam senang je, bentuknye circular and warna kemerah2an. fungus ni attack dekat "batang rambut" ..so itu sebab bulu boleh gugur.. kalau immune system kucing kita bagus, ringworm ni akan go away dengan sendirinya. ada masanya, kita galakkan tuk cukur botak saja cats yang infected dengan ringworm ni... bila tumbuh bulu baru, insyaAllah ringworm pun dah takde ;)


vii) notoedres cati

-terbelit lidah menyebutnya. senang panggil cat mites. sejenis kutu gak ni.. kebiasaannya menyebabkan bulu gugur di sekitar mata especially kat area kening, bawah mata dan telinga. yang ni kita kasi Frontline je, insyaAllah clear...

ini rupa si notoedres cati tu bawah microscope. kalau nak tengok 'live', cer selak bulu kucing, nanti boley nampak macam bintik2 kuning halus melekat dekat bulu.. tu lah kutunya... lenyek ngan kuku memang feellllll wooo... hehehe


viii) Cushing's Disease

- ini juga adalah penyakit hormon imbalance macam yang hyperthyroidism tadi. tapi yang ni amat jarang, kadang2 je berlaku. simptom paling common yang berrkaitan dengan hair loss tuk penyakit ini adalah "bilateral alopecia".. maknanya, pattern bulu yang gugur di sebelah kiri adalah sama dengan pattern bulu yang gugur di sebelah kanan badan kucing anda...


ok, sampai sini je GingerCat share tentang masalah bulu gugur ye..kalau ada apa2 nak tanya, jangan segan2 ye... saya sedia membantu and cuba sedaya upaya untuk menjawab soalan korang semua... demi kucing kita yang terchentaaa... ;)


3 comments:

  1. ni dah tahap teruk sgt ni...faktor pemakanan tu bleh jadi jugak ker? thanks comment pasal kucing saya..uhuuu.:(
    tgok fakta kucing ni and video kucing cute..:D

    Meow2 and video

    ReplyDelete
  2. hai cikmuda;

    haah...memang ada kucing yang allergik pada makanan and leads to hair loss... macam kita gak kan.. alergik seafood contohnye, kulit pun gatal2...
    saya paham perasaan awak atas kehilangan kucing tu.. coz saya penah kehilangan last year ;(

    btw, thanx for sharing the video with me, nanti i check.. ;)

    ReplyDelete
  3. Apa rawatan utk no 1&2 can u help me....kucing saya elok ja....then pas beranak....jantan n betina gugur rambut....teruk sangat...contoh mcm main dgn dia....sekali sentuh dia banyak bulu kat tangan saya....erm...

    ReplyDelete