Wednesday, December 5, 2012

KLINIK VETERINAR ZAFYRRA - waktu operasi klinik


assalamualaikum & salam sejahtera....







yuuu huuuuuuuu!! klinik dah kembali beroperasi semula ye uols... abes dah cuti saya selama 30 hari... tak sabar2 nak bukak klinik balik tauuu :)

mulai Disember 2012, waktu operasi KLINIK VETERINAR ZAFYRRA yang baru adalah;


ISNIN : TUTUP
SELASA - JUMAAT : 12 TENGAHARI - 8 MALAM
SABTU & AHAD : 12 TENGAHARI - 6 PETANG

**CLOSED ON PUBLIC HOLIDAYS 

ada sebarang pertanyaan uols boleh contact no klinik ya... 017 - 344 3385



sekian pengumuman untuk hari ini... ekekeke.... 

daaaaaaaa..... =^.^=


Wednesday, November 7, 2012

Sporotrichosis in cats






Assalamualaikum dan salam sejahtera,


arini I nak cite pasal sakit kulit yang dikenali sebagai "sporotrichosis"... haaa sedap kan nama sakit kulit ni? cam nama orang.. hehehe

Apa itu sporotrichosis?

ok, saya bagi mudah je explain kat sini ek.. kasi senang uols paham..gituuu....

Sporotrichosis ni sebenarnye adalah sejenis penyakit kulit yang disebabkan oleh jangkitan fungus (kulat) yang dikenali sebagai Sporothrix schenckii... haaaa kelassss nama ko kan... hehe

fungus ni dijumpai di dalam tanah ye uols. biasanya kucing2 akan dapat jangkitan ni melalui pergaduhan... time diorang gaduh, then bercakar2an tu kan, lokasi bergaduh pulak tu kat tanah, nak2 pulak time hujan (fungus tu akan naik ke permukaan tanah) makanya, bila diorang tu luka, maka mudahla fungus tu menjangkiti mereka... dan seterusnya, bila seekor telah dijangkiti, if dia pergi gaduh ngan kucing lain pulak, so tendency untuk kucing lain mendapat jangkitan sporo ini juga adalah tinggi ye uols...

dan yang paling scary, penyakit kulit ini juga boleh menjangkiti manusia... means, katalah masa kita handle kucing yang dijangkiti ni, dia cakar kita, or kita memang sedia ada luka pada tangan contohnya, (open wound), possibilities untuk fungus berpindah kepada tubuh kita juga adalah tinggi. nanti saya akan explain cara2 nak handle kucing yang dijangkiti Sporotrichosis ni ye.. :)

Tanda - tanda kucing yang dijangkiti Sporotrichosis

simptom yang biasa boleh dilihat pada kucing yang dijangkitan adalah kehadiran luka seperti nanah yang agak lembap (moist) di bahagian kepala, kaki dan tangan kucing. sesetengah kucing yang dijangkiti akan menunjukkan tanda2 lain seperti lemah, demam dan kehilangan selera makan.

jangkitan fungus pada kulit juga boleh merebak ke sistem nodus limfa kucing, di mana kehadiran nodus2 (ketulan) pada kulit akan kelihatan dan pecah seperti nanah.





contoh2 luka pada kucing yang dijangkiti Sporotrichosis (pic credits to Incik Google)


dalam keadaan yang serius, penyakit Sporotrichosis juga boleh merebak ke bahagian organ dalaman kucing seperti tulang, sendi, otak, sistem saraf dan juga sistem pernafasan...

oleh yang demikian, untuk mengelakkan jangkitan ini daripada menyerang lebih jauh lagi ke dalam tubuh badan kucing, maka rawatan pencegahan perlu dilakukan dengan SEGERA ye uols.........

Macam mana nak confirm jangkitan sporotrichosis?

okay, kalau ikutkan prosedur, sampel luka daripada kulit kucing yang dijangkiti itu akan diambil sedikit dan dilihat di bawah mikroskop. kehadiran organisma Sporothrix schenckii dengan banyaknya mengesahkan bahawa memang kucing itu dijangkiti sporo... gituuuu....

walaubagaimanapun, since kes sporo ini taklah selalu berlaku/terjadi pada kucing, maka agak mudah juga nak cam penyakit kulit ni.. since luka dia adalah "sepesen" je.. itu pada pandangan mata saya lah.. hehehe

Bolehkan Sporotrichosis dirawat? berapa kos?

haaaa bab ni memang femes sangat. selalu customer tanya bolehkah kucing yang dijangkiti ini dirawat?? boleh selamat ke kucing saya doc? mahal tak kosnya?

saya sedia maklum, memang ada segelintir klinik yang mencadangkan supaya kucing yang terkena jangkitan Sporotrichosis ni di PTS (put to sleep).. alahaiii kesiannye kan? mesti sedih bila kucing kesayangan kita di advise untuk PTS... itu semua sebenarnya bergantung pada keadaan kucing, dan komitmen dari owner untuk merawat mereka.

saya ada jumpa beberapa kes sporotrichosis, alhamdulillah, mereka semua telah sembuh sedia kala. tapi ada SYARAT uols! haaaa.... syaratnye uols sebagai owner mesti ada komitmen. mesti! sebab apa saya tekankan perkara ni, kerana hanya dengan komitmen dan sokongan kewangan dari owner insyaAllah kita boleh selamatkan mereka.. lagi2 kalau baru sikit je lukanya, memang boleh baik...

rawatan untuk kucing yang dijangkiti Sporotrichosis ini adalah sejenis ubat khas untuk mematikan fungus.. ada dua jenis ubat, iaitu yang berbentuk liquid atau bentuk pil. itu sahaja! PENTING : Sporotrichosis tidak boleh diberi antibiotik mahupun antiinflammatory ye! kedua2 ubat ini akan memburukkan lagi keadaan kucing uolsss...jangkamasa rawatan bergantung kepada severity jangkitan tu.. biasanya dalam 4-8 minggu.. ada juga yang makan masa berbulan2 untuk baik.. al-makanya, kesabaran dari owner amatlah dituntut...wajibul ghannah ye! hehehe

perlu diingat, kucing yang dijangkiti perlu diasingkan di dalam satu sangkar khas, jauh dari kucing2 lain (jika ada lebih dari seekor kucing di rumah), dan semasa memberi mereka ubat, owner perlu memakai glove dan pastikan tangan dicuci bersih2 selepas handle kucing tersebut untuk mengelakkan infection pada owner...

tentang kos rawatan, itu bergantung kepada klinik yang anda bawa untuk dapatkan rawatan. lain klinik, berbeza charge mereka ye. =^.^=

Bolehkah penyakit ini dicegah?

langkah kawalan atau langkah berjaga2 yang disyorkan ialah dengan cuba meminimumkan kucing2 uols daripada bergaduh... so nak elakkan bergaduh ni, selalunya langkah terbaek adalah dengan memandulkan mereka.. kennn

uols kena selalu peratikan luka - luka pada kucing uols (jika ada). kalau luka tu jenis tak baik2, berbiji2 or basah je... haaa, cepat2 bawa gi klinik tuk dapatkan diagnosis dan rawatan segera ye.

mencegah kan lebih baik daripada merawat... tak gitu?

ok, sampai sini je dulu saya nak membebel. esok lusa saya share topik lain pulak k.. =)




Wednesday, October 31, 2012

Posto! Posto!



assalammualaikum & salam sejahtera...


ya ampunnnnnnn.... maaf sangat2 ye... lama betul tak update. sampai naik berkarat dan bersawang dah blog ni.. hehe

saya janji, mulai November ni saya akan update sikit demi sikit kes2 yang common berlaku pada kucing kesayangan kita...

buat masa ni Klinik Veterinar Zafyrra di TUTUP SEMENTARA sehingga 30 November 2012 sebab saya cuti bersalin... ni pun tengah duk tunggu baby keluar... harap2 semuanya selamat ye.. aamiin.. =^.^=

untuk urusan boarding, pet foods dan neutering, boleh je sms saya anytime. untuk neutering tu (pemandulan), saya akan mula buat awal Disember 2012 ni. so kalau nak place an appointment, boleh jeeee... saya akan arrangekan... 

apepun, jangan lupe ye Like Page kami di Facebook... pagenya, Ginger.Cat.Services.... like, like, like... =D

ok, tu je buat masa ni... promise, saya akan update banyak2 dalam blog after this..

c ya!!

wassalam .... 


Friday, June 8, 2012

Kebenaran Islam Mengenai Kucing


assalamualaikum wbt & salam sejahtera,


petang ni saya nak share kan email yang saya terima bersama ngan korang semua, pencinta meowwww ;)

antara kandungan email tersebut ;





Nabi menekankan di dalam beberapa hadisnya bahawa kucing itu tidaklah najis. Malah diperbolehkan untuk berwudhuk menggunakan air bekas minuman kucing.

Kenapa Rasulullah Saw berani mengatakan bahawa kucing tidak menjadi najis kepada manusia? Persoalannya, bagaimana Nabi mengetahui badan kucing tidak mempunyai najis? Jawapannya, kulit kucing mempunyai otot-otot yang berfungsi untuk melawan sel bakteria.

Otot kucing juga dapat menyesuaikan diri dengan sentuhan otot manusia. Pada permukaan lidah kucing pula dilapisi oleh berbagai benjolan kecil yang runcing, benjolan ini berbentuk bengkok mengucup seperti kikir atau gergaji. Bentuk ini sangat berguna untuk membersihkan kulit.

Ketika kucing minum, tidak ada setitis pun air yang akan jatuh dari lidahnya. Sedangkan lidah kucing sendiri merupakan alat pembersih yang paling canggih, permukaannya yang kasar boleh membuang bulu-bulu mati dan membersihkan bulu-bulu yang tersisa di badannya.

Kajian Yang Dijalankan

Telah dilakukan berbagai penyelidikan terhadap kucing mengikut pelbagai perbezaan usia, posisi kulit, punggung, bahagian dalam tapak kaki, bibir, dan ekor. Pada bahagian-bahagian tersebut dilakukan pengambilan sampel melalui usapan. Di samping itu, kuman juga diletakkan pada bahagian-bahagian tertentu. Diambil juga cairan khusus (air liur) yang berada pada dinding dalam mulut dan lidahnya.

Hasil yang didapati selepas ujikaji adalah:
1. Hasil yang diambil dari kulit luar tidak mempunyai kuman, meskipun dilakukan berulang kali.
2. Tempat yang kuman sengaja diletakkan menunjukkan hasil negatif sekitar 80% (20% mempunyai kuman), jika dilihat dari air liurnya. Ini menunjukkan kucing dapat melawan kuman yang diberikan kepadanya.
3. Cairan yang diambil dari permukaan lidah juga menunjukkan ketidak hadiran kuman.
4. Hanya sekali kuman dijumpai semasa proses penyelidikan. Kuman ini termasuk dalam kumpulan kuman yang dianggap sebagai kuman biasa yang selalunya membiak dalam tubuh manusia dalam jumlah yang kecil seperti enterobacterstreptococcus, dan staphylococcus. Jumlahnya kurang dan membiak dalam lingkungan 50 ribu pertumbuhan.
5. Kajian tidak menemui jenis kuman yang beragam dan berbahaya. Perbagai sumber yang dipercayai dan hasil penyelidikan laboratorium menyimpulkan bahawa kucing tidak mempunyai kuman dan mikrobakteria. 

Air liurnya bersih dan boleh membersihkan seluruh badannya.

Ulasan para doktor yang bergiat dalam bidang kuman, Dr. George Maqshud, ketua laboratorium di Klinik Haiwan Baitharah, jarang sekali ditemui kehadiran kuman pada lidah kucing. Jika mempunyai kuman, itu menunjukkan kucing itu akan atau sedang sakit.
Selain itu, Dr. Gen Gustafsirl menemui kuman yang banyak pada anjing, manusia 25% dari anjing, kucing mempunyai separuh kuman dari manusia. Doktor haiwan di klinik haiwan Damaskus, Said Rafah menegaskan bahawa kucing mempunyai peranti pembersih yang bernama lysozyme.
Kucing tidak menyukai air kerana air merupakan tempat yang sangat subur dalam pertumbuhan bakteria. Kucing juga sangat menjaga kestabilan suhu tubuhnya.
Jika diperhatiakan, kucing tidak banyak berjemur dan tidak suka mendekati air. Tujuannya agar bakteria tidak berpindah kepadanya. Inilah yang menjadi faktor yang membuatkan kuman tidak ada pada tubuh kucing.

Hadith-Hadith Mengenai Kucing

Kabsyah binti Kab bin Malik menceritakan bahawa Abu Qatadah, mertua Kabsyah masuk ke rumahnya lalu ia menuangkan air untuk wudhuk. Pada masa itu datang seekor kucing yang ingin minum. Lantas ia menuangkan air di bekas untuk kucing itu minum. Kabsyah berkata, “Perhatikanlah”. Abu Qatadah berkata, “Apakah kamu hairan?” Kabsyah menjawab, “Ya”. Lalu Abu Qatadah berkata bahawa Nabi SAW pernah bersabda, Kucing itu tidak najis. Kucing binatang yang suka berkeliling di rumah (binatang rumahan), (HR At-Tirmidzi, An-Nasai, Abu Dawud, dan Ibnu Majah).

Diriwayatkan Ali bin Al-Hasan dan Anas menceritakan bahawa Nabi Saw pergi ke Bathhan suatu daerah di Madinah. Lalu beliau berkata, “Ya Anas, tuangkan air wudhuk untukku ke dalam bekas”. Lalu Anas menuangkan air. Ketika sudah selesai, Nabi menuju bejana. Namun terdapat seekor kucing datang dan menjilati bekas air tersebut. Melihat kejadian itu, Nabi berhenti sehinggakan kucing tersebut berhenti minum lalu Rasulullah berwudhuk. Nabi ditanya mengenai kejadian tersebut, beliau menjawab, “Ya Anas, kucing termasuk perhiasan rumah tangga, ia tidak dikotori sesuatu, malah tidak ada najis.”

Diriwayatkan dari Dawud bin Shalih At-Tammar dan ibunya yang menerangkan bahawa hambanya memberikan Aisyah semangkuk bubur. Namun ketika ia sampai di rumah Aisyah, tenyata Aisyah sedang solat. Lalu ia memberikan isyarat untuk menyimpannya. Sayangnya setelah Aisyah selesai mendirikan solat, ia lupa adanya bubur. Datanglah seekor kucing lalu memakan sedikit bubur tersebut. Ketika Aisyah melihat bubur tersebut dimakan kucing, Aisyah lalu membersihkan bahagian yang disentuh kucing dan Aisyah memakannya. Rasulullah Saw bersabda, “Ia tidak najis. Ia binatang yang berkeliling”. Aisyah pernah melihat Rasulullah Saw berwudhuk dari sisa bekas jilatan kucing, (HR AlBaihaqi, Abd Al-Razzaq, dan Al-Daruquthni).

Kalaulah bukan dari wahyu Allah tentulah Rasulullah Saw tidak akan berani mengatakan bahawa kucing itu bersih. Segala sesuatu yang baru ditemui oleh para ilmuwan pada zaman moden ini, telah diketahui ilmunya oleh Rasul Kita Muhammad saw sejak 1500 tahun yang lalu.
Wallahu’alam….
.


sekian, wallahualam..... :D

Tuesday, June 5, 2012

sebuah lagi KLINIK VETERINAR DI MELAKA - KLINIK VETERINAR ZAFYRRA

assalamualaikum & salam sejahtera semua.... ;)))


alhamdulillah, berkat kesabaran dan sokongan dari semua pihak, Klinik Veterinar Zafyrra kini dengan rasminya telah dibuka pada 2 June 2012 yang lalu...

actually nak buka lebih awal, tapi atas masalah2 tertentu yang tak dapat kami elakkan, maka proses pemindahan klinik ni tertangguh sementara...


inilah kliniknya... terletak di No 2A, Jalan TSS2, Tmn Seri Songket, 75350 Batu Berendam, Melaka... klinik kami ni kat 1st floor ye ;D
 

landmark nak menghala ke klinik kami... kalau dah jumpa signboard ni, maka korang dah berada betul2 depan klinik kami ;)

klinik berhadapan dengan Tadika Smart Junior 

ni owner cilik klinik :D

ok, ni pemandangan dalam klinik ye... ni ruang menunggu untuk customer and tempat lepaking kami anak beranak. soon astro & streamyx akan masuk ok... jadi takle boring customer yang menunggu turn diorang kan... gituuuu....


Registration Area... simple je.. akan datang insyaAllah akan ada penambahbaikan. rack tuk isi case card patient belum sampai lagi... huhu
ni tempat saya nak main "potong - potong" nanti... hehehe... ni bilik surgery klinik tau...

ok, ni bilik paling saya suka... bilik consultation... kerusi merah tu I yang punyeeee... ;)




ok, ni je pic yang saya sempat share... bilik boarding tak sempat nak snap semalam, sebab ada sikit2 lagi nak kena adjust. and ada satu bilik lagi, bilik tuk anak saya melepak, main, tido (ni kadang2 mak dia join tido sekali.. hehe) and tempat kitorang solat...

nanti dah siap cantik2 bilik boarding tu, saya snap and upload share dalam blog ni ye..

till then, jemputla datang ke klinik kami k... 

Operation Hour;

Selasa - Jumaat :

12.00 tengahari - 8.00 malam

Isnin & Public Holiday

TUTUP

Sabtu & Ahad :

12.00 tengahari - 6.00 petang

Contact No:

017 - 344 3385 (Dr. Zue/En.Joe)

meh le datang!


Sunday, January 8, 2012

Before and After Spaying or Castration

assalamualaikum & salam sejahtera,


alhamdulillah, servis kami semakin mendapat sambutan dari hari ke sehari. terima kasih sangat pada semua yang menyokong kami dan mempercayai servis/khidmat kami. kami amat2 menghargainya :)

saya ada sikit makluman nak bagitau di sini, promotion kami untuk vaksin dah berakhir ye. harga vaksin 4 in 1 adalah rm30... tidak termasuk ubat cacing. before ni masa promotion ubat cacing kami bagi F.O.C dengan vaksin kan..  this month dah back to normal ye kawan2 semua... :D

harga untuk pemandulan jantan dan betina masih macam biasa lagi... RM80 untuk betina dan rm60 untuk jantan. kalau sesiapa nak buat appointment untuk pemandulan, boleh call saya or husband ye!

just nak give a gentle reminder to you ols yang nak buat appointment, ada sedikit perkara yang perlu anda tahu before hantar si manja untuk operation ye...

i) Puasakan kucing anda at least 12 jam sebelum operation 
ii) Pastikan kucing anda tidak bunting (untuk betina sahaja. kalau tak pasti, boleh bawa straight je jumpa saya untuk pemeriksaan)
iii)Kucing adalah dalam keadaan yang sihat. (selera makan ok, tidak murung, tiada masalah kesihatan seperti selsema/demam)
iv)Kucing anda berumur 6 bulan ke atas. 
v) Kucing betina yang masih menyusukan anak (anak berumur bawah 3 bulan) tidak digalakkan untuk mandul



then selepas operation, uols kena make sure buat perkara2 ni ye ;)


i) Kurung kucing anda dalam sangkar (bukan lepas bebas dalam rumah walaupun still consider "kurung" dalam rumah) at least 1 week untuk elakkan suture breakdown or any unwanted complication happens.
ii) Elakkan kucing dari bermain di atas pasir untuk elak contamination dekat dissection area
iii) Kawal pemakanan/diet kucing anda. kucing yang dah operate ni tendency untuk obese adalah tinggi hokey... jangan bagi diorang gemok sangat... nanti datang complication yang lain pulak kan..syiannn die... :)


ok dah tu je nak cite arini.

kalau ada apa2 soalan, boleh call or sms or email saya ye.


Dr. Zue/Mr.Joe : 017-344 3385
Email : gingercatservices@yahoo.com

Have A Nice Day!

Sunday, December 18, 2011

The Clinic

assalamualaikum & salam sejahtera;



today saya nak share beberapa pic kucing2 yang datang untuk dapatkan servis dari kami di Ginger.Cat. Services ni  ^__^


this cat is under GA.. datang untuk castration

yang ni pulak datang for castrate and boarding

yang bawah Tommy tu, case card dah jatuh... dia buat main dalam cage..hehe.. dia datang for boarding je :)

yang kaler oren tu datang for spaying, sebelah kaler tabby tu datang sini for boarding. so cute tau..tak berhenti main.. abes kain towel yang buat cover sempadan mereka ditariknya :)

yang ni pun datang untuk spaying

my fav of this week... aktif betul dia ni!

and ada lagi a few more yang kami letakkan di belakang... ada yang datang tuk rawatan, ada yang for boarding, and ada yang dah dekat sebulan duk sini sebab sakit dia makan masa sikit nak baik.. macam2 rupa ada...

yang penting, diorang sume kiut2 belaka! suka melayan diorang ni... 

kepada sesiapa yang stay di Melaka and berminat nak dapatkan servis dari kami, jangan segan2 contact saya ye.. 

have a nice day uols ~~